Ahad, 27 November 2011

TIADA KEJE !!! BARANG PON DAH JADI ISU !




  • BARANGAN MURAH KR1M TIDAK SEMESTINYA BAIK
 


yang rendah bagi produk 1 Malaysia yang dijual di KR1M hanya penipuan semata-mata. Jika benar KR1M menjual barangan lebih murah daripada pasar-pasar dan tempat-tempat lain kenapa mereka tidak menjual jenama sama (bukan produk 1Malaysia) dengan harga lebih rendah bagi memudahkan pembeli membuat harga bandingan. 

Contohnya, kalau cili sos ‘Maggi’ dijual di kedai bukan KR1M pada harga RM2.50, KR1M patutnya menjual jenama sama pada harga lebih rendah, misalnya RM2.30 sahaja. Ini barulah betul-betul nak menolong rakyat kerana rakyat dapat membeli barang sama dari segi jenama dan kualiti, dengan harga lebih rendah. 

Kalau sekadar mengeluarkan produk sama dengan jenama sendiri (1 Malaysia), sudah pasti rakyat tidak dapat buat perbandingan dengan sewajarnya (apple to apple) kerana kemungkinan berbeza dari segi kandungan, kualiti atau kuantiti. 

Jaminan dari segi kesihatan juga mungkin dilupakan kerana ingin mengejar keuntungan (tanpa keuntungan tiada kedai yang boleh hidup). Akhirnya yang menanggung derita adalah pengguna kerana menggunakan barangan tidak berkualiti. 

Jika barangan 1Malaysia yang dibeli rosak, atau mengandungi benda asing atau menyebabkan masalah kesihatan akibat menggunakannya, siapakah pihak yang boleh dipertanggungjawabkan untuk tindakan undang-undang? 

Saya berharap pengguna lebih berhati-hati dalam membeli barangan 1Malaysia kerana murah itu tidak sentiasanya baik. Baca betul-betul kandungan dan tarikh luput pada setiap botol atau barangan 1 Malaysia yang hendak dibeli. Lihat kualiti dan kuantiti yang tertulis di atasnya. 

HEY HEY . DAH BACE KEN . HEHE . LIKE BOLE ?

1 ulasan:

1 malaysia berkata...

TAKDEA KEJE ... APE PON TAK BOLEH !!!

Catat Ulasan