MALAYSIA VS BAHRAIN 27 NOVEMBER 2011 | KHAIRUL FAHMI KUMPUL SEMANGAT | Khairul Fahmi turut mengakui yang dia masih belum mampu mendabik dada serta berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini dan nekad untuk terus memperbaiki segala kelemahan. Kekalahan 0-2 kepada Syria juga menjadi pendorong untuk terus mempertingkatkan prestasi sebelum menentang Bahrain, Ahad ini.
“SAYA mahu sentiasa muncul pemain terbaik di kalangan 22 pemain atas padang!”
Itulah nada suara positif penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika menceritakan elemen ini sebagai membakar semangat setiap kali dia masuk ke gelanggang membantu skuad negara.
Bintang dari Kelantan yang dikenali Apek mahu menggandakan usaha membantu Harimau Muda mencari mata pertama apabila menentang Bahrain dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan, Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
“Setiap kali masuk padang, saya cuba tunjuk persembahan terbaik.
Sudah pasti saya mahu mengatasi pemain lain – baik rakan mahu pun lawan – untuk menjadi terbaik antara 22 pemain,” katanya yang menjadi tonggak penting menyekat penyerang Syria daripada membocori gawang skuad negara secara lebih kerap, kelmarin. Kapten itu menambah: “Saya juga sentiasa mahu beraksi baik membantu kemenangan pasukan negara kerana faktor penonton. Mereka amat penting untuk membantu bangkitkan semangat pasukan. Mereka adalah antara motivasi besar saya ketika ini.”
Tidak dinafikan sumbangan besar Apek di Sukan SEA di Jakarta, baru-baru ini dan perlawanan menentang Syria, kelmarin harus diberikan satu pengiktirafan selepas banyak menyekat lawan menambahkan jaringan.
Walaupun sering dihantui dengan pelbagai kontroversi luaran namun tonggak utama Kelantan itu tidak cepat melatah dan ia tidak sesekali menjejaskan prestasinya dalam padang malah terus mempamerkan ‘magis’ setiap kali mengawal pintu gol negara daripada dibolosi.
Walaupun sering dihantui dengan pelbagai kontroversi luaran namun tonggak utama Kelantan itu tidak cepat melatah dan ia tidak sesekali menjejaskan prestasinya dalam padang malah terus mempamerkan ‘magis’ setiap kali mengawal pintu gol negara daripada dibolosi.
“Perkara pertama yang saya sentiasa lakukan dalam setiap perlawanan adalah cuba melupakan terus semua masalah peribadi daripada luar padang dan terus menumpukan sepenuh perhatian terhadap permainan,” katanya.
harimau muda mesti boleh nye
kalah kan bahrain ok!!!!
malaysia boleh!!!
harimau muda mesti boleh nye
kalah kan bahrain ok!!!!
malaysia boleh!!!






Tiada ulasan:
Catat Ulasan